Innuendo - Belaian Jiwa...

Friday, December 22, 2006

The Natural Scent

Flash back...

Suatu hari, aku tinggalkan skuter ku. Saja. Harapan agar dapat bertemu ayangku. Boleh la sama sama naik bas kolej ke kuliah.

Jam 7.20 am. Lebih kurang 10 minit lagi bas akan sampai. Pelajar-pelajar lain sudah mula ramai menanti bas kolej.

"Mana dia ni... takkan lambat kut.." aku tertanya-tanya.

Hari itu awal musim bunga. Pengajian baru bermula selepas cuti panjang musim sejuk. Hari yang indah. Sakura berkembangan menyeri sepanjang bahu jalan. Namun bunga bunga lain masih belum menampakkan seri mereka.

Tiba tiba hidungku ditusuk satu bau yang harum. Keharuman yang amat menyenangkan yang hanya sesekali dan sebentar sahaja aku berpeluang menciumnya. Ya hanya sebentar. Kerana sebentar lagi aku tau bau j'Adore akan menyusul dan menenggelamkan keharuman itu.....

Aku menoleh, dan..

"Eh! Bro, mana motor..?" Mukanya kehairanan.

"Kat umah.."

"La..? Nape naik bas..?"

Aik, tanya lak.... aku hanya membalas dengan senyuman....

"Ooo.. awak rindu kat saya ye...?" dia tersenyum kembali.. sebelum tergelak kecil...

Bas sampai dan kami sama-sama menaikinya.



Yup... aku rindu

Yang ku rindukan

senyumnya..

Yang ku rindukan

tawanya..

Yang ku rindukan

harumannya...

- Aku tak tau la korang percaya ke tak. Tapi aku percaya, semua orang ada keharuman diorang sendiri. Sebagaimana seekor ibu binatang mengenali anaknya sendiri. Ya, melalui bau. Hanya sesekali kita tercium keharuman yang selain bau perfume diorang. Cuma mungkin, apabila kita senantiasa bersama seseorang itu, maka kita tak perasan lagi haruman itu (yang sebenarnya masih ada), kerana kita sudah terlalu biasa dengan harumannya. Dan apabila kita mula berjauhan dengan seseorang itu pada suatu jangka masa yang agak panjang, maka kita akan merindui seseorang itu. Kita kehilangan.

Dan, bertepatanlah dengan pesan orang tua-tua. Antara petua mengubat kerinduan itu ialah dengan meminjam pakaian (yang belum basuh, tapi janganlah yang busuk lak!) seseorang yang kita rindui itu. Kerana tanpa kita sedari, harumannya yang ada pada pakaian itulah yang memberitahu 'fikiran separa sedar' (sub-concious mind) kita, seolah-olah orang itu berada hampir dengan kita, dan sedikit sebanyak dapat mengubat kerinduan kita.

Erm... percaya ke...?


Wednesday, August 09, 2006

Bunga. Part 1

ayangku selalu bertanya

"bila nak dapat bunga lagi..?"

dan jawapan aku..

"bunga 'kan leh makan pun..."
(practical, is it?)

dan ayangku pun tarik moncong... majuk la tu.. haha. cute pulak...

ermm..
nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak? nak pujuk taknak?