Monday, November 07, 2011
Abang Adik Part II
SMS ayangku :
Adik dlm cter tu dah bcerai ngan hubby dia sbb hubby dia drug addict. Abg dia msh tggu adik dia tu.
(tak keje ke dia ni.. layan novellll aje..?)
SMS Reply :
Ye ke? siannya. abis tu adik dia accept la abg dia?
SMS ayangku :
X ah adik dia konpius..
SMS Reply :
konpius kee.. cover?
SMS ayangku :
:) Dua-dua.
SMS ayangku lagi :
Dia dah ngaku kat abg dia yg dia syg abg dia. Pastu nak kwn dah, tp dia pun ada intai2 abg dia gak.
aku baru nak balas bila tiba-tiba aku ternampak boss aku sedang menuju ke arah kiub ku..
alamak!!
~ to be continued...
Thursday, October 27, 2011
Abang Adik Part I
2, 3 hari ni ayangku ada baca novel. Cerita abang, adik dan kekasih kekasih mereka.
"Mmm.. tengah baca novel ni... "
"Cite apa?"
"Alaa.. cite ada guy sorang tu, adik kandung dia dah meninggal. Pastu dia terjumpa sorang girl. Pulak tu, muka sebijik cam adik dia."
"Pas tu..?"
"Pastu, diorang become friends.. become abang adik actually. Adik dia cam suka kat abang dia.. abang dia pum cam boleh rasa, tapi dia tak sure.. "
"Macam tauuuu aje kisah tu..." sempat gak aku celah.. heheh!
Dia tergelak..
"Nanti la. Tapi.. this guy dah ada tunang..."
"Oh...?"
"Mmm.. tu la. Cam nak kawin dah ngan tunang dia.... "
"Aiseh..." aku tak tau kenapa aku sendiri rasa macam kecewa...
"Nanti orang cite lagi ek..? "
"Ok. Take care then"
"You too... "
Klik ~*
Dan malam itu sebelum aku tido, aku dapat SMS daripada ayangku...
SMS ayangku
"Abg dia dh putuskn tunang tp adk dia nak kawin ngan pakwe dia plak.... nak tido ah!"
Aku: alahaiii....!
Friday, October 14, 2011
Belaian Jiwa
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya
Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Monday, October 10, 2011
Hana man Hana (The only one Hana)
Zaza berlari keluar daripada subway. Dia pasti Hana telah turun di Stesen MyungDong itu. Itu yang telah dipesannya tadi. Dia risau Hana telah keluar daripada stesen subway tersebut.
Dia meninjau-ninjau di sekitar ruangan kaunter menjual tiket namun Hana tiada di situ.
Pasti dia sudah keluar. Detik hatinya.
Dia mulai risau. Sebentar tadi sekembalinya dari kedutaan, dia yang mengajak Hana menemaninya ke MyungDong sebelum pulang semula ke rumah sewa sementara mereka di Shilim. Lantaran subway yang penuh sesak, dia dan Hana terpisah sementara, tetapi dia yakin kerana telah berpesan kepada Hana supaya turun di Stesen MyungDong.
Dia sungguh kesal dengan kecuaiannya. Kalaulah dia tidak terserempak dengan seseorang tadi dan tidak melayan perasaan ingin tahunya tadi … ah! bukan itu alasannya. Dia berlari-lari anak sambil tertinjau-tinjau.
“Aduh… Hana.. mana Hana ni..” Sungguh dia risaukan kehilangan adik juniornya yang seorang itu. Dia dapat merasakan bersendirian di tempat baru yang asing tentulah bukannya sesuatu yang menyenangkan buat Hana.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Zaza menjawab tanpa melihat pemanggilnya.
“Yoboseyo!” (Hello!)
“Zaza yang, ni irhoborin koyangi chajasso.” (Miss Zaza, saya jumpa anak kucing awak yang hilang tu)
Zaza segera mengenali suara rakan sepengajiannya itu.
“Fariz, please don’t joke around. I’m in a big trouble.”
Zaza terasa agak rimas dengan perlakuan Fariz saat itu.
“Cool, sis! Berkenaan Farhana.”
Zaza terasa nafasnya terhenti seketika.
“Dia ada dengan saya.” Fariz menyambung.
“Erk…!” Zaza terasa batu besar di atas kepalanya terangkat.
“Kami kat Lotteria. Depan Pintu 2 Stesen MyungDong.”
“Thanks. Ittaga wa.” (Terimakasih, sebentar saya datang.)
Pantas Zaza mematikan talian dan melangkah ke Pintu 2.
….
Hana terasa sangat kecil. Dia mendengar Fariz memanggilnya ‘koyangi’ sebentar tadi. Dia merenung ke arah Fariz yang masih berlagak selamba.
“Heh siapa yang kau panggil anak kucing ha...?”
“Eii aku tau la nak balik sendiri. Kak Zaza dah ajar tadi macamana nak naik subway. Cuma … err… terlupa stesen mana nak berhenti.” Hana menelan air liur.
Pastinya, luahan-luahan itu hanyalah dalam hatinya sahaja.
Hana masih mendiamkan diri.
Kopi panas yang pahit dijamah sekadar menghilangkan dahaga.
Fariz turut mendiamkan diri. Dia menyedut ‘Strawberry Shake’nya sambil sesekali melepaskan pandangan keluar, mencari kelibat Zaza.
“Ee tak machonya minum shake.. perisa strawberi lak tu.“ Sekali lagi, luahan itu hanyalah dalam hati Hana.
….
Zaza tiba di Lotteria di luar Pintu 2 Stesen MyungDong. Lotteria adalah rangkaian fast food dibawah naungan Kumpulan Lotte, salah satu chaebol (syarikat gergasi) Korea Selatan. Cawangan-cawangannya ada di merata-rata tempat di seluruh Korea. Konsepnya sama seperti fast food lain seperti McD dan KFC.
Zaza ternampak Fariz melambai ke arahnya. Kemudian dia ternampak Hana duduk berhadapan Fariz. Jelas kelihatan mukanya agak muram.
Zaza melangkah masuk.
“Kak Zaza!” Hana lantas berdiri. Seri mula kembali ke mukanya.
“Hana. Hana. Maafkan akak. Salah akak tadi … “
Zaza segera mendapatkan Hana dan memeluknya.
Tangisan Hana tiba-tiba berderai ketika didakap Zaza.
“Huh. Nasib baik kau sampai Za… kalau tak aku bawak balik aje anak kucing sesat ni ke rumah aku..”
Fariz cuba berlawak.
Tangisan Hana tiba-tiba terhenti. Kecut mendengar kata-kata Fariz.
Zaza menjeling Fariz. Tajam.
Dan Fariz dengan selambanya menghabiskan ‘Strawberry Shake’nya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

