All About AyangKu
this blog is dedicated to a special person.
Monday, November 07, 2011
Abang Adik Part II
SMS ayangku :
Adik dlm cter tu dah bcerai ngan hubby dia sbb hubby dia drug addict. Abg dia msh tggu adik dia tu.
(tak keje ke dia ni.. layan novellll aje..?)
SMS Reply :
Ye ke? siannya. abis tu adik dia accept la abg dia?
SMS ayangku :
X ah adik dia konpius..
SMS Reply :
konpius kee.. cover?
SMS ayangku :
:) Dua-dua.
SMS ayangku lagi :
Dia dah ngaku kat abg dia yg dia syg abg dia. Pastu nak kwn dah, tp dia pun ada intai2 abg dia gak.
aku baru nak balas bila tiba-tiba aku ternampak boss aku sedang menuju ke arah kiub ku..
alamak!!
~ to be continued...
Thursday, October 27, 2011
Abang Adik Part I
2, 3 hari ni ayangku ada baca novel. Cerita abang, adik dan kekasih kekasih mereka.
"Mmm.. tengah baca novel ni... "
"Cite apa?"
"Alaa.. cite ada guy sorang tu, adik kandung dia dah meninggal. Pastu dia terjumpa sorang girl. Pulak tu, muka sebijik cam adik dia."
"Pas tu..?"
"Pastu, diorang become friends.. become abang adik actually. Adik dia cam suka kat abang dia.. abang dia pum cam boleh rasa, tapi dia tak sure.. "
"Macam tauuuu aje kisah tu..." sempat gak aku celah.. heheh!
Dia tergelak..
"Nanti la. Tapi.. this guy dah ada tunang..."
"Oh...?"
"Mmm.. tu la. Cam nak kawin dah ngan tunang dia.... "
"Aiseh..." aku tak tau kenapa aku sendiri rasa macam kecewa...
"Nanti orang cite lagi ek..? "
"Ok. Take care then"
"You too... "
Klik ~*
Dan malam itu sebelum aku tido, aku dapat SMS daripada ayangku...
SMS ayangku
"Abg dia dh putuskn tunang tp adk dia nak kawin ngan pakwe dia plak.... nak tido ah!"
Aku: alahaiii....!
Friday, October 14, 2011
Belaian Jiwa
Sayang kau hilang
Menanti biar sampai akhir hayat ku di dunia ini
Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Oh angin, sampaikan lagu ku padanya
yang sedih pilu
Terimalah lagu ku jadi teman hidup mu
Untuk selamanya
Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh belaian jiwa
Monday, October 10, 2011
Hana man Hana (The only one Hana)
Zaza berlari keluar daripada subway. Dia pasti Hana telah turun di Stesen MyungDong itu. Itu yang telah dipesannya tadi. Dia risau Hana telah keluar daripada stesen subway tersebut.
Dia meninjau-ninjau di sekitar ruangan kaunter menjual tiket namun Hana tiada di situ.
Pasti dia sudah keluar. Detik hatinya.
Dia mulai risau. Sebentar tadi sekembalinya dari kedutaan, dia yang mengajak Hana menemaninya ke MyungDong sebelum pulang semula ke rumah sewa sementara mereka di Shilim. Lantaran subway yang penuh sesak, dia dan Hana terpisah sementara, tetapi dia yakin kerana telah berpesan kepada Hana supaya turun di Stesen MyungDong.
Dia sungguh kesal dengan kecuaiannya. Kalaulah dia tidak terserempak dengan seseorang tadi dan tidak melayan perasaan ingin tahunya tadi … ah! bukan itu alasannya. Dia berlari-lari anak sambil tertinjau-tinjau.
“Aduh… Hana.. mana Hana ni..” Sungguh dia risaukan kehilangan adik juniornya yang seorang itu. Dia dapat merasakan bersendirian di tempat baru yang asing tentulah bukannya sesuatu yang menyenangkan buat Hana.
Tiba-tiba telefonnya berdering. Zaza menjawab tanpa melihat pemanggilnya.
“Yoboseyo!” (Hello!)
“Zaza yang, ni irhoborin koyangi chajasso.” (Miss Zaza, saya jumpa anak kucing awak yang hilang tu)
Zaza segera mengenali suara rakan sepengajiannya itu.
“Fariz, please don’t joke around. I’m in a big trouble.”
Zaza terasa agak rimas dengan perlakuan Fariz saat itu.
“Cool, sis! Berkenaan Farhana.”
Zaza terasa nafasnya terhenti seketika.
“Dia ada dengan saya.” Fariz menyambung.
“Erk…!” Zaza terasa batu besar di atas kepalanya terangkat.
“Kami kat Lotteria. Depan Pintu 2 Stesen MyungDong.”
“Thanks. Ittaga wa.” (Terimakasih, sebentar saya datang.)
Pantas Zaza mematikan talian dan melangkah ke Pintu 2.
….
Hana terasa sangat kecil. Dia mendengar Fariz memanggilnya ‘koyangi’ sebentar tadi. Dia merenung ke arah Fariz yang masih berlagak selamba.
“Heh siapa yang kau panggil anak kucing ha...?”
“Eii aku tau la nak balik sendiri. Kak Zaza dah ajar tadi macamana nak naik subway. Cuma … err… terlupa stesen mana nak berhenti.” Hana menelan air liur.
Pastinya, luahan-luahan itu hanyalah dalam hatinya sahaja.
Hana masih mendiamkan diri.
Kopi panas yang pahit dijamah sekadar menghilangkan dahaga.
Fariz turut mendiamkan diri. Dia menyedut ‘Strawberry Shake’nya sambil sesekali melepaskan pandangan keluar, mencari kelibat Zaza.
“Ee tak machonya minum shake.. perisa strawberi lak tu.“ Sekali lagi, luahan itu hanyalah dalam hati Hana.
….
Zaza tiba di Lotteria di luar Pintu 2 Stesen MyungDong. Lotteria adalah rangkaian fast food dibawah naungan Kumpulan Lotte, salah satu chaebol (syarikat gergasi) Korea Selatan. Cawangan-cawangannya ada di merata-rata tempat di seluruh Korea. Konsepnya sama seperti fast food lain seperti McD dan KFC.
Zaza ternampak Fariz melambai ke arahnya. Kemudian dia ternampak Hana duduk berhadapan Fariz. Jelas kelihatan mukanya agak muram.
Zaza melangkah masuk.
“Kak Zaza!” Hana lantas berdiri. Seri mula kembali ke mukanya.
“Hana. Hana. Maafkan akak. Salah akak tadi … “
Zaza segera mendapatkan Hana dan memeluknya.
Tangisan Hana tiba-tiba berderai ketika didakap Zaza.
“Huh. Nasib baik kau sampai Za… kalau tak aku bawak balik aje anak kucing sesat ni ke rumah aku..”
Fariz cuba berlawak.
Tangisan Hana tiba-tiba terhenti. Kecut mendengar kata-kata Fariz.
Zaza menjeling Fariz. Tajam.
Dan Fariz dengan selambanya menghabiskan ‘Strawberry Shake’nya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Saturday, May 23, 2009
Dreams ComeTrue
My MTV Song No 2
S.E.S - Dreams Come True
translation by: goro-chan
Now I want to confide everything in my heart
To you & become free (Baby)
Funny how all dreams come true
I want you to protect me
Even this small love has come to be important
Funny how I feel for you
Even my future is with you
Wanting to hold onto your love
It's the first time I felt like that
The feeling of the promise we made (Baby)
Funny how all dreams come true
Will you protect me?
This small love has come to be important
Funny how I feel for you
I'm loving only you
Come on lover
Whenever I'm with you
I can be happy
You take away all the sad songs
As only you knew how
Dreams come true
Will you protect me?
This small love has come to be important
Funny how I feel for you
Even my future is with you
-- (another translated scat rap proportion)
credit to: .Ruby. [ffl lyrics]
Tuesday, March 13, 2007
Hambarnya..
Aku tersenyum.... agak lama.
"Happy Birthday!"
Ku genggam tangannya dan ku kucup sekali. Aku sempat menjeling ke sebelah. Gembirakah dia...? Kereta terus meluncur di jalanan...
Mac. Bulan ulangtahun kelahiran ayangku. Semestinya terpahat dalam ingatan. Bukan terlupa, tapi saja-saja buat lupa.
Sememangnya hari ulangtahun kelahiran ayangku tahun ini adalah yang paling hambar. Walaupun memang aku apply cuti pada hari tersebut. Memang aku spend time bersamanya hari itu. Tapi hambar.
Takde kek. Takde hadiah. Takde kad. Takde keraian pun...
Kali ini aku benar-benar tersepit. Sabtunya aku bekerja ganti. Ahad pula kami balik kampung. Sepanjang minggu sibuk dengan kertas kerja untuk pembentangan kepada pihak atasan. Bukan satu, tapi dua serentak.. Kerja-kerja lapangan terpaksa aku lepaskan pada 'Sidekick aku... (alasan...!)
Berkurangkah romantik aku padanya? Entahlah...
Aku berkira-kira suprises yang lepas-lepas. Bukan berkira, tapi mencari idea. Bulan Mac masih belum di penghujungnya. Masih berkesempatan. Erm... kali ni apa ye...?
Camanapun aku paling terasa dengan ucapannya sebelum hari 'special' ini berlalu..
"Tak bestnya birthday kali ni..."
Aduhaiii.... kalaulah dia tahu...
Monday, January 15, 2007
Bunga (Part II)
Department aku buat Hari Dedikasi Ros dan Coklat. So aku ordered a bouquet of 12 roses beserta a box of 15 ferrero roches untuk ayangku. Sesekali buat suprise.. cant wait to see her reaction.. hee!
Since this is an internal event, deliveries will be made within company sahaja. For external dedication (cam kes aku), roses will be sent to the requestor (aku la tu) dan requestor sendiri kena hantar pada sapa-sapa yang diorang dedicated. Erm.. beruntung la couple2 kat ofis aku tu..
Selang 2,3 hari, aku kena assigned for an outstation. 2 minggu. Adus...
Satu malam during outstation, aku called ayangku. Suaranya ceria.
"I dah dapat ros tu... thanks!"
"Erk..?" ..dan ketika itu baru aku teringatkan dedikasi ros tempohari.
"Ada coklat sekali... nape tak cakap awal-awal?"
"Surprise la... camana dapat tahu..?"
"Zam yang call. Kata dia ada delivery bunga from you. Dia called suruh amik kat ofis you. Tak sempat. So I kirim kat Ina. Ina yang hantarkan tadi.."
"Oh.." aku yang buat order, Zam pulak yang buat surprise... ermmm.
"Suka ke..?"
"Sukaaaaa....", aku dapat melihat keceriaan dalam suaranya.
Dan malam itu aku terlena dalam bayangan senyumannya...
The story behind..
Sekembalinya aku daripada outstation.
"Oit. Kau tahu apa jadi hari tu?", Zam menegur aku.
"Apa dia?" aku bertanya kembali.
"Pasal dedikasi ros tu laa..."
"Kenapa..?" aku mula curious.
"Aku called Zanna, katakan ada ros delivery atas nama kau. Sudahnya dia tanya aku macam-macam. Bunga apa? Sapa yang hantar kat kau? Macam-macam la... jenuh jugak la aku nak terangkan yang ros tu kau yang order..."
"La... ye ke?" aku terdiam... Ermm. Boleh tahan jugak cemburu ayang aku tu ye..? Takpe la.
Cemburu tu tandanya sayang.

