Innuendo - Belaian Jiwa...

Monday, October 10, 2011

Hana man Hana (The only one Hana)

Zaza berlari keluar daripada subway. Dia pasti Hana telah turun di Stesen MyungDong itu. Itu yang telah dipesannya tadi. Dia risau Hana telah keluar daripada stesen subway tersebut.

Dia meninjau-ninjau di sekitar ruangan kaunter menjual tiket namun Hana tiada di situ.

Pasti dia sudah keluar. Detik hatinya.

Dia mulai risau. Sebentar tadi sekembalinya dari kedutaan, dia yang mengajak Hana menemaninya ke MyungDong sebelum pulang semula ke rumah sewa sementara mereka di Shilim. Lantaran subway yang penuh sesak, dia dan Hana terpisah sementara, tetapi dia yakin kerana telah berpesan kepada Hana supaya turun di Stesen MyungDong.

Dia sungguh kesal dengan kecuaiannya. Kalaulah dia tidak terserempak dengan seseorang tadi dan tidak melayan perasaan ingin tahunya tadi … ah! bukan itu alasannya. Dia berlari-lari anak sambil tertinjau-tinjau.

“Aduh… Hana.. mana Hana ni..” Sungguh dia risaukan kehilangan adik juniornya yang seorang itu. Dia dapat merasakan bersendirian di tempat baru yang asing tentulah bukannya sesuatu yang menyenangkan buat Hana.

Tiba-tiba telefonnya berdering. Zaza menjawab tanpa melihat pemanggilnya.

“Yoboseyo!” (Hello!)

“Zaza yang, ni irhoborin koyangi chajasso.” (Miss Zaza, saya jumpa anak kucing awak yang hilang tu)

Zaza segera mengenali suara rakan sepengajiannya itu.

“Fariz, please don’t joke around. I’m in a big trouble.”

Zaza terasa agak rimas dengan perlakuan Fariz saat itu.

“Cool, sis! Berkenaan Farhana.”

Zaza terasa nafasnya terhenti seketika.

“Dia ada dengan saya.” Fariz menyambung.

“Erk…!” Zaza terasa batu besar di atas kepalanya terangkat.

“Kami kat Lotteria. Depan Pintu 2 Stesen MyungDong.”

“Thanks. Ittaga wa.” (Terimakasih, sebentar saya datang.)

Pantas Zaza mematikan talian dan melangkah ke Pintu 2.

….

Hana terasa sangat kecil. Dia mendengar Fariz memanggilnya ‘koyangi’ sebentar tadi. Dia merenung ke arah Fariz yang masih berlagak selamba.

“Heh siapa yang kau panggil anak kucing ha...?”

“Eii aku tau la nak balik sendiri. Kak Zaza dah ajar tadi macamana nak naik subway. Cuma … err… terlupa stesen mana nak berhenti.” Hana menelan air liur.

Pastinya, luahan-luahan itu hanyalah dalam hatinya sahaja.

Hana masih mendiamkan diri.

Kopi panas yang pahit dijamah sekadar menghilangkan dahaga.

Fariz turut mendiamkan diri. Dia menyedut ‘Strawberry Shake’nya sambil sesekali melepaskan pandangan keluar, mencari kelibat Zaza.

“Ee tak machonya minum shake.. perisa strawberi lak tu.“ Sekali lagi, luahan itu hanyalah dalam hati Hana.

….

Zaza tiba di Lotteria di luar Pintu 2 Stesen MyungDong. Lotteria adalah rangkaian fast food dibawah naungan Kumpulan Lotte, salah satu chaebol (syarikat gergasi) Korea Selatan. Cawangan-cawangannya ada di merata-rata tempat di seluruh Korea. Konsepnya sama seperti fast food lain seperti McD dan KFC.

Zaza ternampak Fariz melambai ke arahnya. Kemudian dia ternampak Hana duduk berhadapan Fariz. Jelas kelihatan mukanya agak muram.

Zaza melangkah masuk.

“Kak Zaza!” Hana lantas berdiri. Seri mula kembali ke mukanya.

“Hana. Hana. Maafkan akak. Salah akak tadi … “

Zaza segera mendapatkan Hana dan memeluknya.

Tangisan Hana tiba-tiba berderai ketika didakap Zaza.

“Huh. Nasib baik kau sampai Za… kalau tak aku bawak balik aje anak kucing sesat ni ke rumah aku..”

Fariz cuba berlawak.

Tangisan Hana tiba-tiba terhenti. Kecut mendengar kata-kata Fariz.

Zaza menjeling Fariz. Tajam.

Dan Fariz dengan selambanya menghabiskan ‘Strawberry Shake’nya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.


No comments: